Friday, April 29, 2011

Interview Maktab Perguruan 2011

aku dah janji nak cerita pasal hari 25 April tu kan . hmm kita sambung cerita tu ~

yang last part aku habiskan masa aku keluar kereta tu kan . okeh , pastu aku pun dengan gumbiranya tersenyum lebar +_____+ . aku lulus lah weiyh sebab tu aku senyum takkan nak nanges kowt  .  then , aku pergi selesai pasal tester kad tu dulu . dalam pukul 10 .30 baru settle semua . 10.30 lebih abang kawan aku ambik aku and kawan aku dan kami pun pulang la.

sampai rumah aku cepat-cepat ambik apa yang patut , semua dokumen dan pakai baju sesuai formal sebgai seorang guru ~ . aku siap dalam 30 minit je . macam lipas kudung . masa tu tak hirau dah apa yang tertinggal . then aku pergi la ke maktab perguruan kampus dato' razali . dari umah aku ke kampus tu lebih kurang 30 minit la . aku sampai sana dalam 11.20 .


masa tu dah nervous coz takut-takut orang lain dah start dah interbiu . sampai sana naik tingkat dua . and surprisingly , there are so many  friends there . so aku jumpa ainul , zie , sa , mila . diorang semua satu sekolah dengan aku . lega rasenya selepas diorang bagi tahu interview untuk sesi pukul 11 belum start lagi . so we just waiting until 2 p.m.



tepat pukul 2.30 panel tu panggil kami sekempulan . kumpulan kami sepatutnya ada 7 orang tapi sorang dah hilang tak tahu kemana . diorang ni semua group aku and nasib baik la sebelum tu kita orang dah kenal hati budi masing-masing .

  • wan afaf ( smka tok jiring )
  • afifah ( smk lela segara )
  • ainul ( smka shams )
  • zie ( smka shams )
  • aku ( smka shams )
  • izzat ( don't know )
mula ujian INSAK dalam masa 30 minit . soalan dia senang saja . ada lebih kurang 135 soalan kalau tak silap . abih 30 minit kitaorang keluar . beberapa minit kemudian panel tu panggil pulak untuk interview berkumpulan .soalan yang kami dapat pasal disiplin . ada dua bahagian , satu bahagian 15  minit . so kita orang pun bincang la . setiap orang 2 kali kene cakap baru adil .


selesai semua tu , kami keluar balik . dan temuduga individu pulak . untuk temuduga interview kena ikut list nama yang ditetapkan oleh panel . masa hari tu , aku orang last . pukul 5.30 baru dapat... antara soalan yang ditanya untuk course biologi macam aku , ni antara  soalan dia 
  • introduce yourself ( in english ) = name , birthday , lives , school , contributed , favourite activities and sbgnya
  • kegiatan kokorikulum yang kita terlibat
  • kenapa nak jadi cikgu ???
  • apa kelebihan awak yang awak ada untuk jadi cikgu ?
  • kalau dapat asasi sains dan maktab nak pilih mana satu 
  • pasal isu semasa ( memandangkan aku orang last dia suruh pilih mana yang nak , aku pilih pasal obesiti dalam kalangan pelajar sekolah )
  • apa tindakan yang awak lakukan sekiranya guru-guru di sekolah awak mempunyai masalah yang membabitkan kes jenayah
  • siapa timbalan menteri pelajaran ? pengarah pelajaran negeri ? timbalan pengarah pelajaran negeri ? ( soalan ni kantoi aku tak dapat jawab )
  • apakah sumbangan awak untuk anak bangsa apabila menjadi seorang guru nanti 
  • pengalaman awak ketika menjadi seorang guru  
selesai semua , ucap terima kasih dan salam dengan panel perempuan tuh ... selesai sudah... pukul 6.20 baru sampai rumah 


what's a miracle that Allah had gave to me on that day . i can attend for both of them . that's the end of the day when i felt so happy when passed the jpj's test and went to the interview...

Tuesday, April 26, 2011

Untuk Kali Ketiga

what so wonderful great day ?? 

on 25 April 2011 . i really didn't expect that  i will attend for both of them . kalau yang pernah terbaca post ni tahula apa dilema aku . yes i admitted that ALLAH knows the best for us . Perkara yang aku tak pernah fikirkan selama ini terjadi pada hari itu . FIRST memang aku tak jangka langsung aku dapat sesi pertama masa test JPJ that is at 8.00 a.m . SECOND aku tak jangka pun aku akan  LULUS jpj tuh !!! THIRD aku tak fikir pun aku akan pergi interview maktab perguruan , last-last aku pergi jugak ! 

so the solution is kemana aku pergi 25 APRIL tuh .... aku pergi DUA-DUA sekali . lega rasanya lepas semua dah selesai . lepas ni tak nak pergi tamuduga lagi dah nak tunggu surat UPU and MATRIKULASI jew .

okeh what happened on that day ? mai aku cerita dari A sampai Z . 

everything was started before 25 April , masa tu aku pergi tempat belajar kereta . pastu aku check name aku untuk test keesokaannya . cari punya cari , aku jumpa nama aku .. pukul 8 . hmmm masa tu aku fikir dalam-dalam mana patut pergi .


malam tu aku pun bagi tahu la ke mak aku yang aku akan pergi TEST JPJ and INTERVIEW tu . tapi masa tu fikir lagila kalau tak sempat pergi interview tu . masa tu aku fikir test jpj tuh aku mesti pergi dan pasal interview tu kalau aku sempat aku pergi kalau tak sempat aku tak pergi .


keesokannya , 25 April . Macam biasa sampai SANA , aku  beratur ambik nombor dan tunggu giliran untuk di test . tunggu punya tunggu aku orang first yang ditest dengan encik jpj nih . nama aku dipanggil dan pergi kat kereta no......... aku lupa . buka pintu kereta bagi salam . mula-mula tengok jpj memang garang , dengan cermin mata hitamnya . huhu aku sajalah tahu perasaan aku masa tu . nerves gileeer .


selepas tulis nama , ic dan sign . jpj tu cakap " okeh , boleh start '' . so , ak start la 5 perkara basic tu , adjust tempat duduk , adjust cermin , pakai tali pinggang , periksa gear in neutral and start enjin . selesai semua , aku diam then the tester kabo " okeh , boleh jalan "

                                                    muka aku lagi nervous dari dia ni


aku pun tekan clach , masuk gear 1 , lepas handbread and jalan la.. masa tu tak tahu la nak cakap macam mana keadaan aku masa tu . ALLAH sajalah yang tahu , dengan kaki dan tangan berketar-ketar . aku bawak kereta tuh sampailah dekat nak U turn . masa tulah baru jpj tu cakap dengan aku , maybe dia tengok aku nerves kowt . " okeh , lepas lori ni awk boleh pergi " lepas U turn barula aku lega sikit . sebab ramai sangat orang kandas dekat U turn .


sampai dekat simpang nak masuk paya resak , aku bagi signal and masuk . masa tu jalan kampung . aku bawak dalam 40 km/jam je sebab NERVOUS SANGAT . sampai dekat sekolah aku lepas miyak tekan brek sikit-sikit dan masa tu aku dah nak tukar gear 3 tapi jpj tu sempat cakap " okeh , sekarang awak nampak tak budak sekolah " aku jawab jelah " tak " . pastu dia cakap " sekarang bawak laju ..." hmmm betow ke tak ni . lepas tanya dia boleh ke tak , aku terus bawak 60km/jam !! depan sekolah tuh . huhu nasib baik tak kandas .


lepas tulah dia cakap banyak sikit dengan aku . dia tanya kali berapa dah test ? aku jawab TIGA . pastu dia pasang radio . siap nyanyi lagi !! . selepas selekoh dia bagi tahu " sekarang saya nak awak bawak 60km/jam . haaa sepanjang hayat aku belajar dekat SANA tak pernah pun aku bawak selaju tuh . paling laju pun 50km/jam . aku pun apa lagi tekan jelah minyak sampai 60km/jam .nasib baik tak pijak garisan . masa tu still jalan kampung .


sampai dekat lebuh raya . dia suruh aku bawak cepat sikit . masa tu dia cakap '' sepatutnya awak kalau hari test tak boleh bawak lambat-lambat , kene bawak laju sikit " ... " sekarang bawak 80km/jam . guulpp ...80 ?? masa tu aku tak ada pilihan aku terpaksalah ikut dia walaupun sebelum ni aku tak pernah pun bawak selaju tu !! . 


kemudian dia suruh potong kereta depan lepas dia cakap kereta depan lambat sangat . dan tulah untuk pertama kalinya aku potong kereta lain . sebelum ni tak pernah ! kalu aku nak potong pun cikgu SANA tak bagi . aku pun bawak la dengan kelajuan 80km/jam . pastu dia cakap " kalau awak boleh bawak macam ni okey la tuh " masa tu aku rasa 50 / 50 akan lulus .


sampai dekat selekoh nak masuk SANA tukar gear dua sampailah sampai dekat SANA . sampai aje angkat handbreak , gear neutral and mati enjin . huuuuuh masa tu baru lega . aku sajalah yang tahu perasaan aku masa tu time jpj tu bagi tester kad tu dekat aku .


ALHAMDULILLAH ... selamat duit aku hehe . 17/20 . okeyla cukup-cukup makan je . aku pun ucap terima kasih dekat jpj tu . dia keluar dulu dari aku , lepas tu baru keluar ... yeeeaaaaah aku bebas sekarang!! haha aku dah boleh bawak kereta sendiri dengan bertanda P hehe .


                                                                          paasss!!



                                    kene tunggu 2 tahun lagi baru boleh tanggal bende ni



what a nice tester . aku rasa jpj tu lapor kowt , sebab tu dia suruh aku bawak laju-laju hehe . i guess only .


pengajaran ayat ~ don't judge the cover of the book ~


" mula-mula nampak jpj tu garang sangat , rupa-rupanya peramah orangnya "


THENGS JPJ !!

                                                      I'M HAPPPYYY                                 +__________+


okeh , aku cakap aku pergi interview maktab tu kan . iAllah aku akan sambung dalam post seterusnya . macam mana aku menjadi lipas kudung ? macam mana aku bertemu dengan kawan-kawan aku ? dan macam mana aku berhadapan dengan peninterview ...

Monday, April 25, 2011

A Wonderful Meeting

beberapa hari yang lalu , aku and the five of us had a very very wonderful meeting at pantai batu burok . we were really exaggerating about this things . dah lama tak jumpa memang gila sakan bergelak tawa . yes , i admitted that we were so loooooong not to see . since dah jumpa macam ni kena betul-betul appreciated what we had nowadays and hopefully our friendship will last forever . 

what i wanna talk here is about friendship , persahabatan  . yes i know that we are already as a school leaver . i know that we  are not already as ' budak sekolah agama ' and i know that we are no need to follow any rule anymore . 

' long time not to see ' banyak sungguh benda yang berubah .  all that things that i stated above are no more have in our self  ( including me ? ) . yes i admitted that i pun dah banyak sangat berubah . tak tahulah kenapa jadi macam ni . tak ada didikan agama ka ? tapi dulukan ko sekolah agama . really scary . baru tak sampai setahun tak masuk uni lagi dah banyak berubah . berubak kearah yang lebih negative . 


since our reunion is so very small but i get so many info about our friends out there . shams leaver . huuh sungguh ku tak sangka boleh jadi sampai macam ni . hopefully ALLAH always in our heart . not forgetting Al-Quran and Al-Sunnah . sungguhku rindu saat ketika belajar quran sunnah dan syariah ketika sekolah menengah lalu . kalau aku tahu kehidupan diluar sana sangat sukar tak sanggup aku menjadi school leaver . sungguh ku rindu saat ketika itu .

                                                         FINAL YEAR AT SHAMS


                                                            5 MUSLIM'S GIRLS

                                                                   FORTH YEAR

                                                                     THIRD YEAR

All shams memories always in my mind and heart . semua gambar kat atas nampak jurus 
( bahasa terengganu ) je kan . but now , almost but not all la my friend already change . but , i don't want to say to them la because aku pun sama jugak .

tak tahula nak cakap macam mana . semua ni based on korang punya perspective la . semua dah besar panjang , boleh fikir sendiri . so aku pun boleh ' handle ; diri aku sorang je . kalau nasihatkan kat korang semua , bukan korang nak dengarkan .  semua dah ada hala tuju masing- masing . lainla kalau kat sekolah dulu semua kerja terikat dengan peraturan .

kadang tu terkezzut jugak la dengar cerita kawan aku lepas sekolah ni  . fikir-fikir macam budak sekolah biasa pun ada . nak buat apa lagi pasang telinga aje . pastu jadikan ia sebagai pengalaman untuk tempoh hari-hari seterusnya yang lebih mencabar . 
anyway our meeting just a few days ago , leave a very cweet memory for us . lepas ni susah la nak jumpa korang semua lagi . ada yang kerja , ada yang tak ada transport . hari tu pun bersyukur la boleh jumpa semua . to EJAH , SURIATI , NAJIHAH and SHYIMAH . you are the best friend forever that i have ever found . hopeefully we can meet again ...

Wednesday, April 20, 2011

Antara Peluang Dan Minat

I LUV ISLAM                       

im still in dilemma :( . apa yang patut aku buat sekarang ? perluker aku pergi temuduga tu ? perluker aku tangguhkan dulu test JPJ tu ? yang mane lebih prnting sekarang ? nak tempik rasenya , kalau nak ikutkan hati memang aku nak pergi temuduga maktab tu , tapi aku tak minat sangat nak jadi pendidik . sebabnya ? haha .. kalau kawan aku baca post ni mesti diorang tahu kenapa , sebab aku kalau ajar kawan-kawan aku pun diorang memang sure tak paham haha .


rindu pulak zaman sekolah dulu ~ mase study group dengan kawan-kawan aku Ejah , Syimah , Sue , Ghy , Fatira , Noraini dan Asma . yang lain ramai lagi , tapi diorang nilah yang sentiasa ajar aku mase study group . Alhamdulillah semua genz group aku dapat result yang ngetop . apa aku nak cerita kat sini , bila tiba giliran aku untuk jadi cikgu untuk diorang semua pasti aku jadi gugup tiba-tiba . pastu aku hentam je apa diorang yang suruh ajar . last-last diorang cakap " nape mu cakak ni aku dok pahang lasung " haha ( bahasa ganu )


aku ingat lagi kawan aku sorang ni cakap , yang aku ni memang tak layak jadi cikgu , nanti semua anak-anak murid jadi biol , tak tahu apa-apa. huhu aku terima jelah sebagai nasihat , tapi dalam hati adalah terasa sikit-sikit . apa tak nya mak bapak aku cikgu mestilah aku terasa . mak bapak boleh jadi cikgu kenapa anak dia tak boleh jadi cikgu ? . dimana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi . tapi memang dah perasan dari dulu lagi , aku memang tak ada ' gene ' yang di'inheritade'kan kepada aku daripada mak bapak aku untuk jadi macam diorang . jadi , boleh ke aku jadi cikgu dan perlu ker aku pergi interbiu maktab tuh ??


okeh , kalau nak ikutkan memang aku nak pergi interbiu tuh tapi disebabkan aku terkene test JPJ pada hari tu jugak . apa tidaknya memang naik hangin la bila tengok tarikh tu . cerita pasal JPJ pulak , kalau kira-kira hampir setengah tahun aku buat lesen tak habis-habis lagi . menyesal , memang menyesal buat lesen dekat SANA . apa nak buat kene terimalah jugak . ada hikmah tu . mungkin DIA maha mengetahui apa yang terbaik untuk aku dan mungkin kalau aku dapat lesen awal aku akan pandu tergopoh gapah tanpa undang-undang . aku terima je apa yang terbaik untuk aku . think positive








dan sebenarnya hidup ni tak susah pun kalau niat dan perbuatan kita ikhlas kerana ALLAH . hidup pun akan lebih tenang . macam masalah yang aku hadapi sekarang akan mudah diselesaikan dengan solat isthikarah dan banyak-banyak berdoa kepada yang maha ESA . 


Bila anda mengharapkan cinta, kasih sayang, pujian, kejayaan, kegembiraan dan pengiktirafan daripada insan lain, anda akan putus asa. Satu-satunya cara untuk anda menikmati hidup yang tenang dan penuh makna ialah dengan meletakkan harapan semata-mata kepada Allah. Di dalam Al-Quran Allah berfirman:

'Ingatlah, bahawa dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.' - copy from fb
Surah Ar-Ra'd: 28



insyaALLAH kejayaan akan menjadi milik kita ~


                                                        
                                                        kedit to digitalmukmim.com

Monday, April 18, 2011

Tolong Selamatkan Aku

namaku Cik Sony Ericson W205 . tuanku membeliku ketika dia tak tahu pun aku berasal dari mana . dia membeliku rambang saja tanpa memeriksa aku terlebih dahulu . tuanku tak tahu dimana asal -usul aku sebenarnya . dia tak tahu bagaimana dan dimana aku dilahirakan . dan yang paling naya , dia tak tahu bagaimana tuan aku yang dahulu menjagaku .

tuanku membeliku ketika aku diletakkan didalam sebuah tempat letak handphone yang bercermin yang sedikit berhabuk . tuanku menuju ke tempat aku tinggal ketika dimana beliau mengikuti keluargannya untuk mencari sebuah handphone . ini semua salah tuanku sendiri , mencari aku selepas menghilangkan handphone yang mak tuan aku bagi yang digunakan tak sampai pun sebulan . 


tuan aku pernah cakap ni semua angkara tuanku sendiri yang tak pandai menjaga handphone sehingga hilang dalam rumah sendiri . jadi terpaksalah tuanku mencari ku . sudah  ditakdirkan jodoh aku bertemu dengan tuanku . tuanku membelinya dengan harga yang agak mahal kalau nak dibandingkan dengan dijual di kuala terengganu . aku meninggalkan tempat asalku iaitu bersebelahan dengan pasaraya SOGO kl .

aku gembira sangat dapat tuan baru . namun kegembiraanku hanya seketika , selepas beberapa minggu tuanku menggunakan diriku ini , aku berasa sangat sedih karana tidak memberikan perkhidmatan yang baik untuk tuanku . maafkan aku . aku sering kali mengalami kehabisan tenaga yang amat cepat . kalau aku diberi makan selama semalaman , tenga aku ini hanya dapat digunakan separuh hari sahaja . ish ish ish 

akibatnya , tuanku sering kali memarahi aku . aku sedar siapa aku insan yang tak berguna untuk masyarakat . sehingga hari ini , sudah beberapa kali aku dilempar , dipukul , dihenyet , dilemaskan dan bayak lagi penderaan yang tuanku lakukan keatas diriku ini . aku sedih mendapat tuan seperti ini . aku sedar siapa aku , aku pasrah dan aku tak sehebat mereka-mereka semua ....








aku sedar . sekarang ni tuanku semakin menjauhi dari ku . dia sudah tidak lagi memberiku makan seperti selama ini . kalau ada hal penting barulah dia cari aku . sekarang aku dengar-dengar tuanku mahu memjualku .. oh.. jangan !  


tak sanggup aku berpisah dengan tuan aku .. weeek! . aku semakin lemah , tolong selamatkan aku.. nanti bila tuanku dapat duit lebih sudah pasti tuanku mahu membeli temanku yang lain dan menjualku.. aku tak mahu berpisah .

ops sorry sebenarnya nak upload gambar aku ( hp ) tapi ada problem sikit .. 


kita tunggu dan lihatlah beberapa bulan lagi sudah semestinya aku akan beralih tuan atau dibuang terus kedalam tong sampah hihihihihi





Sunday, April 17, 2011

Hadiah Yang Amat Bermakna

alhamdulillah..

baru-baru ni keputusan SPM 2010 telah diumumkan . aku sangat-sangat bersyukur dengan apa yang aku dapat . keputusan yang tidak aku jangkakan sama sekali . namun , susah sungguh nak dapat course yang aku minat dengan keputusan sebegitu huhu~

okeh , aku bukan nak cakap pasal keputusan aku  , tapi pasal hadiah yang aku dapat . alhamdulillah , sokongan dan hadiah yang diberikan oleh mak , kakak , mak saudara dan sepupu amat aku hargai . tapi aku tak mintak pun hadiah semua tu , yang aku mahu hanyalah biasiswa dan dapat masuk degree dalam bidang yang aku minat , iAllah.

minggu lepas , satu kejutan yang amat bermakna telah aku terima . tidak langsung aku jangkakan kejutan sebegitu rupa . masa tu aku lupa hari apa , tapi berlaku masa hampir nak maghrib . masa tu aku baru je balik dari ' round-round' kampung dengan motosikal huhu~ bez dengan sepupu aku . 

sampai aje kat umah , aku langsung tak syak apa-apa , masuk je rumah mak aku panggil aku , lepas tu mak aku cakap " nah ada orang bagi " . aku masa tu tengah tepingga-pinga lagi , lepas tu barulah sedar apa yang aku dapat hari tu

aku bukan main terkejut kepalang tengok beg ni . dalam hati " takkan lah untuk aku kowt " . dah mak aku cakap ada orang bagi kat aku , aku ambik jelah . pastu tanya mak aku , kenapa orang bagi dekat aku hadiah macam ni , mak aku jawab " hadiah SPM la ". ouuitt... result macam tu nak bagi hadiah macam ni ?? haisy 

aku terima jelah apa diorang nak bagi . rezeki jangan ditolak~


ambik beg tu , terus buka . haaaa JAM !! . impian aku selama ini untuk memilikinya~ . aku cubalah pakai jam tu , tapi tak padan , longgar... tappe , nanti boleh potong biar padan dengan tangan aku .





huhuu.. thanks to kak yana for this watch . i luv it . sebenarnya ada kisah disebalik jam ini . tentang kenapa aku suka sangat-sangat kalau cerita pasal jam .
flashback a few years ago~

masa ni tahun 2005 , tahun aku ambik UPSR . aku sekolah dekat SK PUSAT CHABANG TIGA , sekolah kedua aku selepas SK BUKIT LOSONG . masa tu lepas habis exam dan pada hari keputusan UPSR diumumkan , aku bersiap sedia untuk menerima apa saja keputusan yang aku dapat . aku duduk kat kerusi yang disediakan dan tunggu cikgu panggil nama yang dapat 5A . dan , alhamdulillah nama aku dipanggil . masa tu arwah ayah aku datang tengok result aku . aku gembira dan arwah ayah aku lagi gembira .

beberapa minggu kemudian , arwah ayah aku tanyanak hadiah apa .. aku cakap nak duit! dasar mata duitan haha.. arwah ayah aku cakap tak payah , duit sekejap je habis . esokkan harinya , ayah aku bagi hadiah , aku buka sampul tu . tengok-tengok JAM! memang aku dah agak dah arwah ayah aku memang suka beli jam untuk anak-anak dia hehe
aku pakai jam tu sampai naik sekolah menengah . aku sekolah kat SMKA SHEIKH ABDUL MALEK . sayang sekolah tu huhu~ . cerita ni berlaku masa form 2 . ,masa tu macam biasa sebelum pergi sekolah aku ambik jam yang arwah ayah aku bagi dan letak dalam beg . aku tak pakai masa tu sebab serabut dengan lengan berkacing . so , letak jelah dalam beg . sampai sekolah , turun dari kereta mak aku , then terus pergi kelas dekat bangunan paling tinggi kat sekolah tu .

masa aku tengah jalan , aku rasa something yang jatuh , aku toleh belakang tak ada ape pon . aku terus je jalan . satu lagi malas nak layan masa pagi-pagi tengah mengantuk =.= " . sampai kat kelas aku cek dalam beg cari jam . aku tengok dalam beg aku kosong ! . masa tu baru aku sedar , beg aku sudah koyak ! .ya Allah , tuhan sajelah yang tahu perasaan aku masa tu , memang nak nangis tapi cuba cover - cover . aku memang tak tahu nak buat apa dah , fikiran dah serabut . aku hanya mampu menunggu saja....

kemudian selepas selesai bacaan doa , ada satu pengumuman , pengumuman tu pasal sesiapa kehilangan jam sila tuntut dekat bilik....... aku lupa nama bilik tu . dan pada masa yang sama aku tak tahu pun kat mana bilik tu terletak dalam sekolah ni !!! aku cuba tanya kawan-kawan , tapi diorang semua tak tahu . 
lepas tu apa aku buat ???? aku tak ambik pun jam tu , kenapa ? masa tu aku memang tak beberapa kenal sangat dengan sekolah ni , kedua aku tak seberapa kenal dengan cikgu-cikgu kat sekolah ni lagi . , dan ketiga aku tak pandai lagi nak hargai pemberian orang masa tu  .. so , aku just biar je jam tu . tobak aku nak nangis masa tu . hadiah yang paling bermakna yang arwah ayah aku bagi , aku sudah hilangkannya . 

balik rumah macam biasa , aku tak bagi tahu pun sesiapa pasal jam tu . arwah ayah aku lagilah
tak tanya .  aku buat macam biasa aje , hari-hari seterusnya sampailah keharini.....................~~~~                ; (
  
nak leleh air mata masa tengah tulis post ni :(  . AYAH MAAFKAN AKU.....

dan hari ni aku terima sekali lagi hadiah jam dari sepupu aku . iALLAH akan aku simpan baik-baik... 

 

SEVEN SONS


SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBUU~

Saturday, April 16, 2011

my dream

setiap orang ada impian , dan setiap impian mereka berbeza mengikut kehendak masing-masing kan . impian dan cita-cita samejelah kan . aku ingat lagi masa form 5 dulu , tahun lepas . masa tu dah dekat-dekat nak exam SPM . seingat aku selepas exam TRIAL kot .masa tu memang sorang-sorang student form 5 memang giler-giler study lah kata kan . nilah padahnya kalau dulu duduk rilek-rilek dulu and then sekarang baru sibuk nak study . orang cakap study last minute ~ including me haha .

masa tengah sibuk-sibuk tu lah ada satu ceramah yang dianjurkan sendiri oleh pihak sekolah aku sendiri.mula-mula memang aku geram sangat pasal berita tu . yelah , tengah-tengah orang bizi nilah nak buat ceramah . lau nak buat ceramah , buatlah masa awal-awal tahun dulu . habis sumpah serapah aku kutuk ceramah tu . masa tu aku tak tahu lagi ceramah apekebenda yang pihak sekolah nak buat tu . nak tak nak kene ikut jugak la . 

hari yang ditunggu sampai . sebelum tu , ramai jugak la yang cakap tak nak datang . konon -konon nak study kat rumah , ceramah buat masa ni tak penting dah . aku ? ikut jelah apa yang pihak sekolah arahkan . masa datang dekat ceramah tu datang macam orang tak ada semangat . dalam kepala dah set nak tidur masa ceramah haha~

tunggu punye tunggu orang yang nak datang caramah pon datang , dengan 2 orang pekerja dia . masa dia datang tak tengok pon , malas nak layan ~ . aku dan kawan-kawan aku sibuk berborak , penceramah tu pulak sibuk layan lattop dia . masa tengah sibuk-sibuk tulah aku tengok penceramah tu . and then...... '' macam pernah nampak jew??? " . fikir punya fikir ...... HAaaaa  OSMAN AFFAN 

 Selepas  tu baru sedar , orang fames datang sekolah aku . penulis buku lagi tuh . masa tu tak nak dah borank-borak dengan kawan-kawan . nak dengar apa dia cakap jew . masa tu jugak la baru aku sedar tulisan yang tertulis kat fail aku tu " cara belajar pada saat akhir peperiksaan " lebih kurang macam tulah ayat dia , dah lupa . aku dah excited sangat masa tu . tak sabar nak dengar apa motiwasi dia .


sini cerita sikit pasal osman affan .

Osman Affan adalah anak kelahiran Kuala Lumpur. Beliau dilahirkan pada 16 Februari 1976 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Ayah beliau ketika itu berkhidmat sebagai tentera bersama Tentera Diraja Malaysia. Jadi, sejak kecil beliau dibesarkan di beberapa tempat berlainan seperti di Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor dan Sarawak. Apabila ayah beliau bersara dari tentera semasa beliau berumur lapan tahun, keluarga beliau berpindah ke Terengganu dan menetap di sana.

Tahun 1988 adalah tahun pertama peperiksaan UPSR diperkenalkan. Osman Affan merupakan salah seorang daripada pelajar yang menduduki peperiksaan itu. Berkat usaha dan restu ibu bapa, beliau berjaya mendapat lima A dan meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring. Tiga tahun kemudian, beliau sekali lagi mendapat kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan SRP dan ditawarkan bagi melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Di situ bakat beliau semakin menyerlah dalam bidang akademik dan juga kurikulum. Beliau mendapat kejayaan enam agregat dalam peperiksaan SPM pada tahun 1993 lalu ditawarkan bagi melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam bidang Perakaunan dan Kewangan.

Selepas mendapat Ijazah Sarjana Muda, beliau bekerja dalam bidang pemasaran selama lapan bulan dan kemudian diterima bekerja di sebuah syarikat perakaunan terbesar di dunia iaitu Pricewaterhouse Chartered Accountant. Beliau menimba pengalaman selama 3 tahun di syarikat itu. Satu perkara yang mengejutkan beliau sewaktu bekerja ialah, beliau mula rasakan yang minat beliau adalah bukan dalam bidang perakaunan. Sejak kecil lagi beliau sudah meminati bidang psikologi. Namun, beliau tidak pasti sama ada bidang psikologi mempunyai peluang kerjaya yang baik. Setelah difikirkan dengan teliti, Osman Affan membuat keputusan bagi meninggalkan bidang perakaunan dan meneruskan minat beliau dalam bidang psikologi. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.

Kini, beliau mempunyai perniagaan sendiri dalam bidang pendidikan. Selain mengendalikan Learning Center ini, beliau banyak membuat program-program kemahiran belajar dan motivasi di peringkat sekolah, kolej dan universiti. Beliau juga terlibat dengan Student Learning Enhancement Unit (SLEU) di Universiti Islam Antarabangsa yang berperanan bagi membina modul kemahiran belajar dan jati diri bagi pelajar di peringkat sarjana muda.

Semasa usia remaja, Osman Affan adalah seorang pelajar yang aktif. Di sekolah rendah, selain menjadi ketua pengawas, beliau banyak mewakili sekolah dalam aktiviti seperti perkhemahan pengakap, bola sepak, menghafaz Al-Quran dan drama bahasa Inggeris. Di sekolah menengah pula, beliau aktif dan mewakili sekolah ke pertandingan hoki, catur, bola keranjang, silat olahraga dan lontar peluru. Di tingkatan dua, beliau pernah terpilih mewakili Terengganu ke pertandingan catur yang diadakan di Sabah.

Di Kolej Islam Sultan Alam Shah, beliau dianugerahkan dengan Anugerah Emas. Anugerah ini diberikan sempena kecemerlangan beliau di dalam peperiksaan SPM dan peperiksaan Sijil Khas Kolej. Kecemerlangan beliau dalam aktiviti sukan iaitu sukan lontar peluru, bola keranjang dan silat olahraga dan kecemerlangan kepimpinan kerana memegang jawatan sebagai Ketua Pelajar dan Presiden Persatuan Silat Seni gayung Malaysia. Keaktifan beliau tidak terhenti di setakat itu sahaja. Di Pusat Pendidikan Persediaan (PPP) ITM Shah Alam, beliau terpilih sebagai presiden bagi persatuan pelajar yang ke United Kingdom dan mewakili PPP ITM dalam sukan catur, bola keranjang dan juga dalam pertandingan drama antara matrikulasi.

Minat beliau dalam penulisan berputik apabila beliau cuba menyampaikan mesej kemahiran belajar kepada para pelajar beliau. Beliau sedar agak sukar bagi membuat pelajar sedar kepentingan mempunyai kemahiran belajar. Usaha ini dapat menjadi berkesan apabila pelajar diberikan cerita-cerita menarik yang berkaitan dengan kemahiran belajar dan motivasi. Di situlah mulanya Osman Affan menulis cerita-cerita pendek bagi pelajar beliau. Kini, beliau kumpulkan hasil penulisan beliau ke dalam sebuah buku bagi lebih mudah difahami.

just copying~

beberapa buku beliau yang sempat aku google . tapi aku tak pernah beli pon buku-buku nih . zaman sekolah dah habis ~~

hasil penulisan beliau ( nak jadi penulis jugak =.= " )

osman affan dengan penulisan beliau

buku yang paling laris , osman affan cakap


kenalkan siapa beliau . masa dia bagi ceramah dari awal sampai akhir tak pernah lekang dari ketawa terbahak-bahak . kita orang masa tu memang giler enjoy dengar dia ceramah . rugila kawan-kawan yang tak datang . satu yang aku suka pasal ceramah ni , dia cakap cara-cara study last minute . memang padan dengan aku .

perkara lain yang dia cakap , dan yang paling aku suka ialah '' kalau awak nak capai sesuatu , ambik satu kertas , lepas tu awak semua tulis 10 perkara yang awak mahu impikan ... awak tulislah apa awak nak , kalau awak nak lattop , tulis lattop nak KERETA tulis kereta " macam tulah dia cakap . aku pun apa lagi cepat-cepat tulis atas kertas . tapi takleh bagi tau . lepas tu dia cakap " kertas ni awak simpan elok-elok dan awak tunggulah... insyaaallah awak akan dapat apa yang awak tulis " . sampai sekarang aku still simpan kertas tu ~ 

sampai sekarang aku masih menunggu huhu ;D

current issues





PILIHAN RAYA SARAWAK














BOSAN!

Friday, April 15, 2011

GERAMNYE

can u imagine ?? from 7.33 had been lost to 2.93 . how stupid u r facebook . i really really angry with this game . STUPID STUPID STUPID !!!

yeah, i know it that's all my fault just belive with that stupid quiz . never and never again i play the game on facebook! I HATE FACEBOOOOOOK!!! U STOOL MY MONEY!

i need to be cautious at the other time . FULLSTOP

 ( jangan mudah percaya )


ALHAMDULILLAH.......

Wednesday, April 13, 2011

25 APRIL 2011 !!

ARGHHHHHHHH

pening kepale aku pikir sal nih . apelah nasib aku dapat tarikh tuh. geram ada sedihy pun ada .. apepown kene terime jugaklah tarikh tuh. ada hikmah lah tuh . nak tak nak kene pikir betul-betul mane yang paling penting . antara peluang dan minat .

sebenarnye aku dapat offer interview untuk institut perguruan untuk program ijazah sarjana muda perguruan ( PISMP ) . and tarikh temuduga tu pada 25 APRIL . the other thing is aku ada test jpj pada 25 APRIL jugak!! . geramnye aku.. mane patut pergi nih =.=''

selepas tanye dekat kekawan semua , diorang suruh aku pergi temuduga coz , sayang terlepas peluang and dia suruh tukar tarikh test jpj tuh . and then aku try la tanya dekat akak kaunter bitara tuh,,, dia cakap kalau nak tarikh test jpj boleh.. tapi kene tunggu SEBULAN lagi.. hwaaaa nak nagis ase -.-''

and then tanye mak aku pulak , mak aku cakap , baik pergi interview tuh coz dapat ambik sarjana terus , tak payah tunggu diploma or program laein tuk sambung sarjana . haisyssss..!!
the problem is , i'm not sure weather i really really interest to the field of teaching..

mase aku isi maktab hari tu pun macam tak ade mood je nak jadi cikgu . aku kurang cenderung kearah perguruan sebenarnya and aku lebih minat kearah " white coat " actually

and i'm still confius about where i need to go on this 25 april 2011 .. pleaseee help me!!!

Sunday, April 3, 2011

Tarikh-tarikh penting

TARIKH PENTING!

PRE-U (SPM LEAVER) Important Date!!

8.4.2011 JPA Interview Online Checking Interview status

11.4.2011 KPLSPM Online Checking for Interview status

12.4.2011-14.4.2011 JPA Interview

18.4.2011-29.4.2011 KPLSPM Interview

28.4.2011 Matriculation online checking result

First week of May IPTA online checking result

9.5.2011 STPM (Form 6) Intake

21.5.2011 KPLSPM Online Checking Result

23.5.2011 Matriculation Intake

1.6.2011 IPTA Intake

20.6.2011 KPLSPM Intake

Saturday, April 2, 2011

i've no idea

Good morning everyone hehe..

post ini hanyalah sekadar mengisi masa terluang tuan empunya blog yang dah lame tak care about this stuff . setelah hampir 2 minggu keputusan SPM 2010 baru-baru ini diumumkan masih ak tidak percaya dengan apa yang ak dapat . i really did't guess that i would get such result .. ape pon , ak kene terima jugak result itu . dan result itu juga menunjukkan hasil usaha aku sendiri selama 2 tahun menuntut di SMKA sheikh abdul malek . 


buat masa sekarang semua student-student lepasan SPM 2010 tengah sibuk cari scholarship yang ditawarkan . ak pulak tengah sibuk duk isi borang tu borang ni.. haisyyy,, sibuk benor rasenye, mengalahkan menteri.. huhu 

since aku tengah serabuk kepala mana hala tuju aku selepas ini . soalan betul-betul tak dapat ak jawab untuk masa  sekarang . between USIM and UIA which one the best ?? huhu . pening benor memikirnye... hmmm.. confiusing


anyway , ak dah isi pon borang online UPU sakni . ape keputusan pon aku terima . ALLAH KNOWS THE BEST FOR US !! .gane-gane pown kene usaha . aja aja fighting !! haha.. that the best motivation that i have..  

and i still thinking about this matter . between study in overseas and local which one the best ?? huhuh, i thought , studying in Malaysia is the best coz , last-last kerja kat mesia jugak . hujan emas dinegeri orang , hujan batu dinegeri sendiri . betul ke tak ? hehe.. ak dah lupa da pasal peribahasa semua ni. 3 bulan duk rumah memang beku otak .

tak sabor rasenya nak sambung belajar balik . tapi dalam ketidaksabaran ak ni , kadang-kadang takut jugak nak pergi belajar kat tempat orang ni . macam-macam ak fikir , boleh ke aku survive ? boleh ke ak dapat pointer tinggi-tinggi ? and the most important is boleh ke aku realisasikan cita-cita ak ?? . 

pening jugak memikirkan hal nim .. gane-gane pown , kene kuat laa faces all this thing . kene bijak urus diri , bijak pilih kawan and yang penting sekali , jangan ikut orang lain dan tetapkan pendirian huhu..

can't wait to be a student again haha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...