Monday, April 18, 2011

Tolong Selamatkan Aku

namaku Cik Sony Ericson W205 . tuanku membeliku ketika dia tak tahu pun aku berasal dari mana . dia membeliku rambang saja tanpa memeriksa aku terlebih dahulu . tuanku tak tahu dimana asal -usul aku sebenarnya . dia tak tahu bagaimana dan dimana aku dilahirakan . dan yang paling naya , dia tak tahu bagaimana tuan aku yang dahulu menjagaku .

tuanku membeliku ketika aku diletakkan didalam sebuah tempat letak handphone yang bercermin yang sedikit berhabuk . tuanku menuju ke tempat aku tinggal ketika dimana beliau mengikuti keluargannya untuk mencari sebuah handphone . ini semua salah tuanku sendiri , mencari aku selepas menghilangkan handphone yang mak tuan aku bagi yang digunakan tak sampai pun sebulan . 


tuan aku pernah cakap ni semua angkara tuanku sendiri yang tak pandai menjaga handphone sehingga hilang dalam rumah sendiri . jadi terpaksalah tuanku mencari ku . sudah  ditakdirkan jodoh aku bertemu dengan tuanku . tuanku membelinya dengan harga yang agak mahal kalau nak dibandingkan dengan dijual di kuala terengganu . aku meninggalkan tempat asalku iaitu bersebelahan dengan pasaraya SOGO kl .

aku gembira sangat dapat tuan baru . namun kegembiraanku hanya seketika , selepas beberapa minggu tuanku menggunakan diriku ini , aku berasa sangat sedih karana tidak memberikan perkhidmatan yang baik untuk tuanku . maafkan aku . aku sering kali mengalami kehabisan tenaga yang amat cepat . kalau aku diberi makan selama semalaman , tenga aku ini hanya dapat digunakan separuh hari sahaja . ish ish ish 

akibatnya , tuanku sering kali memarahi aku . aku sedar siapa aku insan yang tak berguna untuk masyarakat . sehingga hari ini , sudah beberapa kali aku dilempar , dipukul , dihenyet , dilemaskan dan bayak lagi penderaan yang tuanku lakukan keatas diriku ini . aku sedih mendapat tuan seperti ini . aku sedar siapa aku , aku pasrah dan aku tak sehebat mereka-mereka semua ....








aku sedar . sekarang ni tuanku semakin menjauhi dari ku . dia sudah tidak lagi memberiku makan seperti selama ini . kalau ada hal penting barulah dia cari aku . sekarang aku dengar-dengar tuanku mahu memjualku .. oh.. jangan !  


tak sanggup aku berpisah dengan tuan aku .. weeek! . aku semakin lemah , tolong selamatkan aku.. nanti bila tuanku dapat duit lebih sudah pasti tuanku mahu membeli temanku yang lain dan menjualku.. aku tak mahu berpisah .

ops sorry sebenarnya nak upload gambar aku ( hp ) tapi ada problem sikit .. 


kita tunggu dan lihatlah beberapa bulan lagi sudah semestinya aku akan beralih tuan atau dibuang terus kedalam tong sampah hihihihihi





1 comment:

  1. salam ain!

    sal pertanyaan lepas matrik masuk uia..

    hurm, setahu tok, xleh masuk coz uia dah ada asasi sendiri yg ada subjek2 tertentu yg tak ade di tempat lain cth macam UI, RIM, ARAB, fardh ayn, bla bla!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...