Wednesday, April 20, 2011

Antara Peluang Dan Minat

I LUV ISLAM                       

im still in dilemma :( . apa yang patut aku buat sekarang ? perluker aku pergi temuduga tu ? perluker aku tangguhkan dulu test JPJ tu ? yang mane lebih prnting sekarang ? nak tempik rasenya , kalau nak ikutkan hati memang aku nak pergi temuduga maktab tu , tapi aku tak minat sangat nak jadi pendidik . sebabnya ? haha .. kalau kawan aku baca post ni mesti diorang tahu kenapa , sebab aku kalau ajar kawan-kawan aku pun diorang memang sure tak paham haha .


rindu pulak zaman sekolah dulu ~ mase study group dengan kawan-kawan aku Ejah , Syimah , Sue , Ghy , Fatira , Noraini dan Asma . yang lain ramai lagi , tapi diorang nilah yang sentiasa ajar aku mase study group . Alhamdulillah semua genz group aku dapat result yang ngetop . apa aku nak cerita kat sini , bila tiba giliran aku untuk jadi cikgu untuk diorang semua pasti aku jadi gugup tiba-tiba . pastu aku hentam je apa diorang yang suruh ajar . last-last diorang cakap " nape mu cakak ni aku dok pahang lasung " haha ( bahasa ganu )


aku ingat lagi kawan aku sorang ni cakap , yang aku ni memang tak layak jadi cikgu , nanti semua anak-anak murid jadi biol , tak tahu apa-apa. huhu aku terima jelah sebagai nasihat , tapi dalam hati adalah terasa sikit-sikit . apa tak nya mak bapak aku cikgu mestilah aku terasa . mak bapak boleh jadi cikgu kenapa anak dia tak boleh jadi cikgu ? . dimana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi . tapi memang dah perasan dari dulu lagi , aku memang tak ada ' gene ' yang di'inheritade'kan kepada aku daripada mak bapak aku untuk jadi macam diorang . jadi , boleh ke aku jadi cikgu dan perlu ker aku pergi interbiu maktab tuh ??


okeh , kalau nak ikutkan memang aku nak pergi interbiu tuh tapi disebabkan aku terkene test JPJ pada hari tu jugak . apa tidaknya memang naik hangin la bila tengok tarikh tu . cerita pasal JPJ pulak , kalau kira-kira hampir setengah tahun aku buat lesen tak habis-habis lagi . menyesal , memang menyesal buat lesen dekat SANA . apa nak buat kene terimalah jugak . ada hikmah tu . mungkin DIA maha mengetahui apa yang terbaik untuk aku dan mungkin kalau aku dapat lesen awal aku akan pandu tergopoh gapah tanpa undang-undang . aku terima je apa yang terbaik untuk aku . think positive








dan sebenarnya hidup ni tak susah pun kalau niat dan perbuatan kita ikhlas kerana ALLAH . hidup pun akan lebih tenang . macam masalah yang aku hadapi sekarang akan mudah diselesaikan dengan solat isthikarah dan banyak-banyak berdoa kepada yang maha ESA . 


Bila anda mengharapkan cinta, kasih sayang, pujian, kejayaan, kegembiraan dan pengiktirafan daripada insan lain, anda akan putus asa. Satu-satunya cara untuk anda menikmati hidup yang tenang dan penuh makna ialah dengan meletakkan harapan semata-mata kepada Allah. Di dalam Al-Quran Allah berfirman:

'Ingatlah, bahawa dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.' - copy from fb
Surah Ar-Ra'd: 28



insyaALLAH kejayaan akan menjadi milik kita ~


                                                        
                                                        kedit to digitalmukmim.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...