Saturday, April 16, 2011

my dream

setiap orang ada impian , dan setiap impian mereka berbeza mengikut kehendak masing-masing kan . impian dan cita-cita samejelah kan . aku ingat lagi masa form 5 dulu , tahun lepas . masa tu dah dekat-dekat nak exam SPM . seingat aku selepas exam TRIAL kot .masa tu memang sorang-sorang student form 5 memang giler-giler study lah kata kan . nilah padahnya kalau dulu duduk rilek-rilek dulu and then sekarang baru sibuk nak study . orang cakap study last minute ~ including me haha .

masa tengah sibuk-sibuk tu lah ada satu ceramah yang dianjurkan sendiri oleh pihak sekolah aku sendiri.mula-mula memang aku geram sangat pasal berita tu . yelah , tengah-tengah orang bizi nilah nak buat ceramah . lau nak buat ceramah , buatlah masa awal-awal tahun dulu . habis sumpah serapah aku kutuk ceramah tu . masa tu aku tak tahu lagi ceramah apekebenda yang pihak sekolah nak buat tu . nak tak nak kene ikut jugak la . 

hari yang ditunggu sampai . sebelum tu , ramai jugak la yang cakap tak nak datang . konon -konon nak study kat rumah , ceramah buat masa ni tak penting dah . aku ? ikut jelah apa yang pihak sekolah arahkan . masa datang dekat ceramah tu datang macam orang tak ada semangat . dalam kepala dah set nak tidur masa ceramah haha~

tunggu punye tunggu orang yang nak datang caramah pon datang , dengan 2 orang pekerja dia . masa dia datang tak tengok pon , malas nak layan ~ . aku dan kawan-kawan aku sibuk berborak , penceramah tu pulak sibuk layan lattop dia . masa tengah sibuk-sibuk tulah aku tengok penceramah tu . and then...... '' macam pernah nampak jew??? " . fikir punya fikir ...... HAaaaa  OSMAN AFFAN 

 Selepas  tu baru sedar , orang fames datang sekolah aku . penulis buku lagi tuh . masa tu tak nak dah borank-borak dengan kawan-kawan . nak dengar apa dia cakap jew . masa tu jugak la baru aku sedar tulisan yang tertulis kat fail aku tu " cara belajar pada saat akhir peperiksaan " lebih kurang macam tulah ayat dia , dah lupa . aku dah excited sangat masa tu . tak sabar nak dengar apa motiwasi dia .


sini cerita sikit pasal osman affan .

Osman Affan adalah anak kelahiran Kuala Lumpur. Beliau dilahirkan pada 16 Februari 1976 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Ayah beliau ketika itu berkhidmat sebagai tentera bersama Tentera Diraja Malaysia. Jadi, sejak kecil beliau dibesarkan di beberapa tempat berlainan seperti di Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor dan Sarawak. Apabila ayah beliau bersara dari tentera semasa beliau berumur lapan tahun, keluarga beliau berpindah ke Terengganu dan menetap di sana.

Tahun 1988 adalah tahun pertama peperiksaan UPSR diperkenalkan. Osman Affan merupakan salah seorang daripada pelajar yang menduduki peperiksaan itu. Berkat usaha dan restu ibu bapa, beliau berjaya mendapat lima A dan meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring. Tiga tahun kemudian, beliau sekali lagi mendapat kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan SRP dan ditawarkan bagi melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Di situ bakat beliau semakin menyerlah dalam bidang akademik dan juga kurikulum. Beliau mendapat kejayaan enam agregat dalam peperiksaan SPM pada tahun 1993 lalu ditawarkan bagi melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam bidang Perakaunan dan Kewangan.

Selepas mendapat Ijazah Sarjana Muda, beliau bekerja dalam bidang pemasaran selama lapan bulan dan kemudian diterima bekerja di sebuah syarikat perakaunan terbesar di dunia iaitu Pricewaterhouse Chartered Accountant. Beliau menimba pengalaman selama 3 tahun di syarikat itu. Satu perkara yang mengejutkan beliau sewaktu bekerja ialah, beliau mula rasakan yang minat beliau adalah bukan dalam bidang perakaunan. Sejak kecil lagi beliau sudah meminati bidang psikologi. Namun, beliau tidak pasti sama ada bidang psikologi mempunyai peluang kerjaya yang baik. Setelah difikirkan dengan teliti, Osman Affan membuat keputusan bagi meninggalkan bidang perakaunan dan meneruskan minat beliau dalam bidang psikologi. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.

Kini, beliau mempunyai perniagaan sendiri dalam bidang pendidikan. Selain mengendalikan Learning Center ini, beliau banyak membuat program-program kemahiran belajar dan motivasi di peringkat sekolah, kolej dan universiti. Beliau juga terlibat dengan Student Learning Enhancement Unit (SLEU) di Universiti Islam Antarabangsa yang berperanan bagi membina modul kemahiran belajar dan jati diri bagi pelajar di peringkat sarjana muda.

Semasa usia remaja, Osman Affan adalah seorang pelajar yang aktif. Di sekolah rendah, selain menjadi ketua pengawas, beliau banyak mewakili sekolah dalam aktiviti seperti perkhemahan pengakap, bola sepak, menghafaz Al-Quran dan drama bahasa Inggeris. Di sekolah menengah pula, beliau aktif dan mewakili sekolah ke pertandingan hoki, catur, bola keranjang, silat olahraga dan lontar peluru. Di tingkatan dua, beliau pernah terpilih mewakili Terengganu ke pertandingan catur yang diadakan di Sabah.

Di Kolej Islam Sultan Alam Shah, beliau dianugerahkan dengan Anugerah Emas. Anugerah ini diberikan sempena kecemerlangan beliau di dalam peperiksaan SPM dan peperiksaan Sijil Khas Kolej. Kecemerlangan beliau dalam aktiviti sukan iaitu sukan lontar peluru, bola keranjang dan silat olahraga dan kecemerlangan kepimpinan kerana memegang jawatan sebagai Ketua Pelajar dan Presiden Persatuan Silat Seni gayung Malaysia. Keaktifan beliau tidak terhenti di setakat itu sahaja. Di Pusat Pendidikan Persediaan (PPP) ITM Shah Alam, beliau terpilih sebagai presiden bagi persatuan pelajar yang ke United Kingdom dan mewakili PPP ITM dalam sukan catur, bola keranjang dan juga dalam pertandingan drama antara matrikulasi.

Minat beliau dalam penulisan berputik apabila beliau cuba menyampaikan mesej kemahiran belajar kepada para pelajar beliau. Beliau sedar agak sukar bagi membuat pelajar sedar kepentingan mempunyai kemahiran belajar. Usaha ini dapat menjadi berkesan apabila pelajar diberikan cerita-cerita menarik yang berkaitan dengan kemahiran belajar dan motivasi. Di situlah mulanya Osman Affan menulis cerita-cerita pendek bagi pelajar beliau. Kini, beliau kumpulkan hasil penulisan beliau ke dalam sebuah buku bagi lebih mudah difahami.

just copying~

beberapa buku beliau yang sempat aku google . tapi aku tak pernah beli pon buku-buku nih . zaman sekolah dah habis ~~

hasil penulisan beliau ( nak jadi penulis jugak =.= " )

osman affan dengan penulisan beliau

buku yang paling laris , osman affan cakap


kenalkan siapa beliau . masa dia bagi ceramah dari awal sampai akhir tak pernah lekang dari ketawa terbahak-bahak . kita orang masa tu memang giler enjoy dengar dia ceramah . rugila kawan-kawan yang tak datang . satu yang aku suka pasal ceramah ni , dia cakap cara-cara study last minute . memang padan dengan aku .

perkara lain yang dia cakap , dan yang paling aku suka ialah '' kalau awak nak capai sesuatu , ambik satu kertas , lepas tu awak semua tulis 10 perkara yang awak mahu impikan ... awak tulislah apa awak nak , kalau awak nak lattop , tulis lattop nak KERETA tulis kereta " macam tulah dia cakap . aku pun apa lagi cepat-cepat tulis atas kertas . tapi takleh bagi tau . lepas tu dia cakap " kertas ni awak simpan elok-elok dan awak tunggulah... insyaaallah awak akan dapat apa yang awak tulis " . sampai sekarang aku still simpan kertas tu ~ 

sampai sekarang aku masih menunggu huhu ;D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...