Friday, January 21, 2011

setakat ini aje ?

memandangkan internet bergerak ataupun lebih dikenali sebagai broadband akan hilang esok hari , maknanya masa untuk aku luangkan bersama blog ini berkemungkinan akan berkurang . tapi itu aku tak bermaksud aku akan terus delete blog ini sekali lagi . tengok lah kalau-kalau aku rajin pi CC atau pustaka . aku akan update blog ni

ahhhh.. sayunya hati ini meninggalkan mu . baru beberapa hari kita bersama dah kene pisah .jadi kepada pengunjung setia blog ini , janganlah terkejut kalau-kalau blog ini tidak di update selama seminggu atau sebulan atau setahun !!!

lama sekalipun kita berjauhan kita still kawankan ?? gileke aku cakap dengan blog harap-harap tak adelah yang ciplak blog aku ni sepanjang ketiadaan aku bersamamu . ketahuilah aku sayang padamu aku rindu untuk menulis disisimu

sepanjang ketiadaan aku ni . aku ingin berpesan kepada ko .. jagelah diri baek - baek ye~ kalau ada rezeki dan umur yang panjang kita berjumpa lagi .. 

salam sayang daripada a.k.m. kepada http://aien1393.blogspot.com

Thursday, January 20, 2011

just 8

sebenarnya dah lama nak bercerita pasal reunion yang dibuat baru-baru ni . reunion ni pelik sikit sebab kalau nak ikutkan yang hadir 21 orang tapi last-last 8 orang aje yang mari ish-ish sadis betul . reunion khas untuk dak pempuan 5 muslim last year . akibat sudah lama tidak bertemu dan rasa rindu kepada mereka semakin menebal , so aku bersepakat dengan aini untuk membuat satu perjumpaan khas untuk dak-dak 5 muslim .

segala idea ni timbul masa aku dan aini menghadiri kelas teori kereta di bitara . time rehat tulah kita orang berdua decide nak buat reunion kecil-kecilan . then exchange contact number . aini contact bahagian dia dan aku bahagian aku . selepas berbincang dengan si aini kami berdua sudah bersetuju untuk mengadakan reunion tersebut di pantai batu buruk . kita orang decide nak beli makanan kat a&w aje .. then makan tepi pantai .

selepas seminggu contact semua orang , tepat pada hari jumaat jam 9.30 pagi datanglah semua orang yang dicontact tu . tunggu punya tunggu datangnya tak sampai pun 10 orang . aduih berkecai plan . yang datangnya 8 orang aje . jadi terpaksalah kami berlapan beruinion secara kecil-kecilan . sebenarnya aku dah agak dah akan jadi macam ni coz kebanyakan daripada dak-dak pempuan kelas aku kene pi PLKN . kalau tak silap aku 6 orang kot .. 7 orang lagi ada hal diorang sendiri tak boleh nak elak .


okey . tempat mula-mula kita orang shot dekat atas menara pondok tepi pantai . sejuk gilak masa tu . sambil shot kita orang tunggu geng-geng lain datang . sebelum tu kita orang dah set semua wajib pakai baju kelas . baru nampak cantek lawa kemas bersekutu hehe

fatin dan amalyana

semua yang datang hari tu pakai baju hitam oren except for this girl . yana . you still same as before huhu . kalau naik benda ni boleh view sekitar kawasan pantai ni . lepas bergelak ketawa datang lah 2 orang lelaki dan sorang pempuan naik atas benda ni . dia tengok-tengok aje kita orang semua . tapi kita buat tak tau aje . then sorang tu cakap ' dik sebenornye tak boleh naik atas ni ' . haha nampaknye kene berambus lah.. so kite orang cepat-cepat turun tahan malu . 
selepas semuanya oke . kita orang jalan - jalan sekitar pantai sambil ambik gamber-gamber .





'-'

nice picture
credit to aini




selepas puas bergamber . kita orang set off ke KFC cadangan first nak pi a&w tak jadi so change to KFC . sampai aje kat kaunter kfc tanpa berlengah kita orang tengok-tengoklah menu-menu yang tertera kat atas kaunter . aleh -aleh ada sorang akak cashier ni yang perasan . then dia cakap ' dik menu-menu kat atas pukul 11 baru ada ' hampeh , sekarang baru pukul 10.15 pagi . selepas decided dengan semua ahli rombongan kita bersepakat untuk tunggu 

sambil tunggu kita orang borak -borak pasal aktiviti kita orang mase cuti nih.. ada yang cakap nak pi kerja ada nak belajar bi ada ambik lesen dan macam-macam lagi . sambil-sambil tu juga kita buat shoot sekali lagi . nak buat macam mane ambik gamber-gamber ni memang hobi kita orang dari kecik lagi .



kat kfc

s
gamber2

selepas pukul sebelas kita orang pi beli makanan . siap semua kita orang berarak ke pantai batu buruk semula . kita memang dah decide nak makan tepi pantai baru ada feel ada fresh air.kita menjamu selera beramai-ramai . seronok tahap gaban coz first time makan-makan macam ni .

makan-makan


zie n isma

khadijah


 then kita orang pi maen-maen tepi pantai . dek kerana sudah lama nak ambik angin tepi pantai segala peluang bermain air tak dilepaskan .

 


peace

5 muslim forever
maen air cam budak kecik
elya


 abis maen , jam dah pukul 12 . semua dah call mak bapak masing-masing . tak boleh balik lewat sebab kene sembahyang jumaat . selepas bersalam-salaman semua perasaan sebak kembali . bila lagi lah pulak dapat jumpa . anyway perjumpaan pada hari itu cukup indah sekali . sape-sape yang tak datang memang rugi . 




memandangkan semua dah jadi macam increduble hulk . kami pun pulanlah dengan gumbira ;D
.


 
 

Tuesday, January 18, 2011

akan ku jumpa


akan ku jumpa . lagu yang jarang sekali didengari di radio tempatan . aku hairan kenapa radio-radio di malaysia tidak memutarkan lagu seperti ini . bagi aku lagi ni ialah lagu yang paling ngetop untuk tahun 2010 . 

masa mula-mula aku gengar lagu ni masa drama ' antara garisan ' kat astro . kali kedua masa drama ' syurgamu ramadan ' masa bulan puasa tahun lepas . mula-mula aku buat endah tak endah je dengan lagu ni tapi lama-lama aku mula terpikat dengannya . dan sekarang aku menjadi peminat tegar kepada lagu ini walaupun aku tak kenal dan tahu pun siapa penyanyinya .

aku post dekat sini bukannya nak promot pun . tapi sekadar mahu mengisi masa lapang huhu . tapi kenapa ea.. radio-radio tempatan jarang sekali memutarkan lagu ini . adakah ianya tidak  
' sedap ' untuk didengari ? adakah lagu ini begitu mahal ? . itu semua aku tak tahu , tapi sekali sekala aku geram juga dengan radio-radio tempatan ni . setiap masa putar lagu sama aje .. sekejap melayu sekejap indon sekejap inggeris . naik bosan aku . last-last mak aku beli cd nasyid hehe .


apepun aku still suka kat lagu ni . kalau sape-sape yang belum lagi dengar lagu ni silalah klik dekat video kat atas tu yee~

Monday, January 17, 2011

transformasi

aku mengaku . aku mungkir janji semalam untuk mengupdate blog . sorry .. ada perkara  yang tidak dapat dielakkan . tapi janji yang satu lagi aku telah tunaikan . aku telah menukar template blog yang baru bertemakan pink ! . cantik tak ?? , bab kakta eric leong . 

kenapa pink ?

adakah aku peminat tegar kepada warna pink . haha jawapannya tidak . warna kegemaran yang paling aku sayang ialah hijau muda . aku pilih warna pink pun sebab aku terpikat dengan  
" kekiutannya " . template warna pink kali ini sangat nampak cantek dan bersih . jadi aku ambiklah yang ini punya .

tajuk blog ?

sape-sape yang sebelum ini pernah bertandang kesini mesti pernah lihat seekor kucing yang malas dan kerjanya hanyalah tidur sepanjang hari kan ? . memandangkan aku dah tukar template yang baru yang lebih cantek maka hilanglah kucing tersebut , jadi terpaksalah aku tukar nama blog ini kepada nama yang lebih ' baek '

perubahan ?

sebelum ini kalau anda semua pernah terbaca post  pertama mesti anda semua sudah ketahui kali ini masuk kali yang keberapa blog yang aku ciptakan . perubahan yang aku nak buat dan perlu dibuat pada blog ini ialah aku akan memastikan setiap isi kandungannya bermanfaat untuk diri aku dan juga anda semua . kalau tak suka  aku tak kisah  , itu semua hak anda untuk memilih yang mana satu lebih baik kan . ' semua orang ada hak ' . aku juga akan memastikan ianya tidak dicemari oleh unsur-insur negatif dan mungkin kebanyakan update akan berkisar tentang diri aku . jadi nak kata blog ini berbentuk ilmiah tak lah sangat kan 



okey . sekarang masanya untuk berubah dan perlu mencari kerja sebelum muka aku menjadi lebih tembam . Daa~




 

Sunday, January 16, 2011

sleeping cat

salam semua . setelah berusaha berjam-jam lamanya akhirnya siap jugak pengubahsuaian yang dilakukan keatas blog ini . anyway aku still suka template terbaru aku ini buat masa sekarang tapi pada masa akan datang aku akan tukar lagi kepada template yang lebih cantek hhuhu . yea ! aku tahu aku seorang yang suka berhias dan suka membuang masa dengan benda-benda macam ni .

memandangkan kemasukan pelajar baru ke universiti pada tahun ini akan berlangsung bulan 9 ini  berkemungkinan blog ini aku terus diupdate selalu tu pun kalau  diizinkan . aku bikin tahun 2011 merupakan tahun yang membosankan . tidak ada yang istimewa bagi aku , tiada kawan untuk mengumpat setiap hari tiada kenangan untuk diciptakan bersama . tapi tahun ini juga merupakan tahun yang paling mendebarkan . 

result SPM akan keluar tak lama lagi . tak lena tidur dibuatnya . harap-harap sangat apa yang aku mimpikan mengenai result tersebut tidak berlaku ! . nervous . anyway i need to be strong mentally and  physically in facing all bad or good news at this last february . aku tak ada idea nak tulis hari ini mungkin petang nanti aku update lagi . daa~

Saturday, January 15, 2011

perasmian blog baru

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

dengan ini aku a.k.m. dengan rasminya dengan bersaksikan diri aku sendiri merasmikan blog terbaru aku untuk kali yang ketiga ! . dengan nama blog yang tertera diatas aku harap agar tuan-tuan dan puan - puan yang menyaksikan blog ini tidak terpengaruh dengan nama tersebut . ini kerana itu hanyalah nama semata-mata tidak pada tuan empunya blog . harap agar tuan-tuan dan puan-puan boleh melayari ataupun singgah-singgahlah di blog yang baru dirasmikan ini . selamat membaca ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...