Sunday, April 17, 2011

Hadiah Yang Amat Bermakna

alhamdulillah..

baru-baru ni keputusan SPM 2010 telah diumumkan . aku sangat-sangat bersyukur dengan apa yang aku dapat . keputusan yang tidak aku jangkakan sama sekali . namun , susah sungguh nak dapat course yang aku minat dengan keputusan sebegitu huhu~

okeh , aku bukan nak cakap pasal keputusan aku  , tapi pasal hadiah yang aku dapat . alhamdulillah , sokongan dan hadiah yang diberikan oleh mak , kakak , mak saudara dan sepupu amat aku hargai . tapi aku tak mintak pun hadiah semua tu , yang aku mahu hanyalah biasiswa dan dapat masuk degree dalam bidang yang aku minat , iAllah.

minggu lepas , satu kejutan yang amat bermakna telah aku terima . tidak langsung aku jangkakan kejutan sebegitu rupa . masa tu aku lupa hari apa , tapi berlaku masa hampir nak maghrib . masa tu aku baru je balik dari ' round-round' kampung dengan motosikal huhu~ bez dengan sepupu aku . 

sampai aje kat umah , aku langsung tak syak apa-apa , masuk je rumah mak aku panggil aku , lepas tu mak aku cakap " nah ada orang bagi " . aku masa tu tengah tepingga-pinga lagi , lepas tu barulah sedar apa yang aku dapat hari tu

aku bukan main terkejut kepalang tengok beg ni . dalam hati " takkan lah untuk aku kowt " . dah mak aku cakap ada orang bagi kat aku , aku ambik jelah . pastu tanya mak aku , kenapa orang bagi dekat aku hadiah macam ni , mak aku jawab " hadiah SPM la ". ouuitt... result macam tu nak bagi hadiah macam ni ?? haisy 

aku terima jelah apa diorang nak bagi . rezeki jangan ditolak~


ambik beg tu , terus buka . haaaa JAM !! . impian aku selama ini untuk memilikinya~ . aku cubalah pakai jam tu , tapi tak padan , longgar... tappe , nanti boleh potong biar padan dengan tangan aku .





huhuu.. thanks to kak yana for this watch . i luv it . sebenarnya ada kisah disebalik jam ini . tentang kenapa aku suka sangat-sangat kalau cerita pasal jam .
flashback a few years ago~

masa ni tahun 2005 , tahun aku ambik UPSR . aku sekolah dekat SK PUSAT CHABANG TIGA , sekolah kedua aku selepas SK BUKIT LOSONG . masa tu lepas habis exam dan pada hari keputusan UPSR diumumkan , aku bersiap sedia untuk menerima apa saja keputusan yang aku dapat . aku duduk kat kerusi yang disediakan dan tunggu cikgu panggil nama yang dapat 5A . dan , alhamdulillah nama aku dipanggil . masa tu arwah ayah aku datang tengok result aku . aku gembira dan arwah ayah aku lagi gembira .

beberapa minggu kemudian , arwah ayah aku tanyanak hadiah apa .. aku cakap nak duit! dasar mata duitan haha.. arwah ayah aku cakap tak payah , duit sekejap je habis . esokkan harinya , ayah aku bagi hadiah , aku buka sampul tu . tengok-tengok JAM! memang aku dah agak dah arwah ayah aku memang suka beli jam untuk anak-anak dia hehe
aku pakai jam tu sampai naik sekolah menengah . aku sekolah kat SMKA SHEIKH ABDUL MALEK . sayang sekolah tu huhu~ . cerita ni berlaku masa form 2 . ,masa tu macam biasa sebelum pergi sekolah aku ambik jam yang arwah ayah aku bagi dan letak dalam beg . aku tak pakai masa tu sebab serabut dengan lengan berkacing . so , letak jelah dalam beg . sampai sekolah , turun dari kereta mak aku , then terus pergi kelas dekat bangunan paling tinggi kat sekolah tu .

masa aku tengah jalan , aku rasa something yang jatuh , aku toleh belakang tak ada ape pon . aku terus je jalan . satu lagi malas nak layan masa pagi-pagi tengah mengantuk =.= " . sampai kat kelas aku cek dalam beg cari jam . aku tengok dalam beg aku kosong ! . masa tu baru aku sedar , beg aku sudah koyak ! .ya Allah , tuhan sajelah yang tahu perasaan aku masa tu , memang nak nangis tapi cuba cover - cover . aku memang tak tahu nak buat apa dah , fikiran dah serabut . aku hanya mampu menunggu saja....

kemudian selepas selesai bacaan doa , ada satu pengumuman , pengumuman tu pasal sesiapa kehilangan jam sila tuntut dekat bilik....... aku lupa nama bilik tu . dan pada masa yang sama aku tak tahu pun kat mana bilik tu terletak dalam sekolah ni !!! aku cuba tanya kawan-kawan , tapi diorang semua tak tahu . 
lepas tu apa aku buat ???? aku tak ambik pun jam tu , kenapa ? masa tu aku memang tak beberapa kenal sangat dengan sekolah ni , kedua aku tak seberapa kenal dengan cikgu-cikgu kat sekolah ni lagi . , dan ketiga aku tak pandai lagi nak hargai pemberian orang masa tu  .. so , aku just biar je jam tu . tobak aku nak nangis masa tu . hadiah yang paling bermakna yang arwah ayah aku bagi , aku sudah hilangkannya . 

balik rumah macam biasa , aku tak bagi tahu pun sesiapa pasal jam tu . arwah ayah aku lagilah
tak tanya .  aku buat macam biasa aje , hari-hari seterusnya sampailah keharini.....................~~~~                ; (
  
nak leleh air mata masa tengah tulis post ni :(  . AYAH MAAFKAN AKU.....

dan hari ni aku terima sekali lagi hadiah jam dari sepupu aku . iALLAH akan aku simpan baik-baik... 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...