Thursday, January 20, 2011

just 8

sebenarnya dah lama nak bercerita pasal reunion yang dibuat baru-baru ni . reunion ni pelik sikit sebab kalau nak ikutkan yang hadir 21 orang tapi last-last 8 orang aje yang mari ish-ish sadis betul . reunion khas untuk dak pempuan 5 muslim last year . akibat sudah lama tidak bertemu dan rasa rindu kepada mereka semakin menebal , so aku bersepakat dengan aini untuk membuat satu perjumpaan khas untuk dak-dak 5 muslim .

segala idea ni timbul masa aku dan aini menghadiri kelas teori kereta di bitara . time rehat tulah kita orang berdua decide nak buat reunion kecil-kecilan . then exchange contact number . aini contact bahagian dia dan aku bahagian aku . selepas berbincang dengan si aini kami berdua sudah bersetuju untuk mengadakan reunion tersebut di pantai batu buruk . kita orang decide nak beli makanan kat a&w aje .. then makan tepi pantai .

selepas seminggu contact semua orang , tepat pada hari jumaat jam 9.30 pagi datanglah semua orang yang dicontact tu . tunggu punya tunggu datangnya tak sampai pun 10 orang . aduih berkecai plan . yang datangnya 8 orang aje . jadi terpaksalah kami berlapan beruinion secara kecil-kecilan . sebenarnya aku dah agak dah akan jadi macam ni coz kebanyakan daripada dak-dak pempuan kelas aku kene pi PLKN . kalau tak silap aku 6 orang kot .. 7 orang lagi ada hal diorang sendiri tak boleh nak elak .


okey . tempat mula-mula kita orang shot dekat atas menara pondok tepi pantai . sejuk gilak masa tu . sambil shot kita orang tunggu geng-geng lain datang . sebelum tu kita orang dah set semua wajib pakai baju kelas . baru nampak cantek lawa kemas bersekutu hehe

fatin dan amalyana

semua yang datang hari tu pakai baju hitam oren except for this girl . yana . you still same as before huhu . kalau naik benda ni boleh view sekitar kawasan pantai ni . lepas bergelak ketawa datang lah 2 orang lelaki dan sorang pempuan naik atas benda ni . dia tengok-tengok aje kita orang semua . tapi kita buat tak tau aje . then sorang tu cakap ' dik sebenornye tak boleh naik atas ni ' . haha nampaknye kene berambus lah.. so kite orang cepat-cepat turun tahan malu . 
selepas semuanya oke . kita orang jalan - jalan sekitar pantai sambil ambik gamber-gamber .





'-'

nice picture
credit to aini




selepas puas bergamber . kita orang set off ke KFC cadangan first nak pi a&w tak jadi so change to KFC . sampai aje kat kaunter kfc tanpa berlengah kita orang tengok-tengoklah menu-menu yang tertera kat atas kaunter . aleh -aleh ada sorang akak cashier ni yang perasan . then dia cakap ' dik menu-menu kat atas pukul 11 baru ada ' hampeh , sekarang baru pukul 10.15 pagi . selepas decided dengan semua ahli rombongan kita bersepakat untuk tunggu 

sambil tunggu kita orang borak -borak pasal aktiviti kita orang mase cuti nih.. ada yang cakap nak pi kerja ada nak belajar bi ada ambik lesen dan macam-macam lagi . sambil-sambil tu juga kita buat shoot sekali lagi . nak buat macam mane ambik gamber-gamber ni memang hobi kita orang dari kecik lagi .



kat kfc

s
gamber2

selepas pukul sebelas kita orang pi beli makanan . siap semua kita orang berarak ke pantai batu buruk semula . kita memang dah decide nak makan tepi pantai baru ada feel ada fresh air.kita menjamu selera beramai-ramai . seronok tahap gaban coz first time makan-makan macam ni .

makan-makan


zie n isma

khadijah


 then kita orang pi maen-maen tepi pantai . dek kerana sudah lama nak ambik angin tepi pantai segala peluang bermain air tak dilepaskan .

 


peace

5 muslim forever
maen air cam budak kecik
elya


 abis maen , jam dah pukul 12 . semua dah call mak bapak masing-masing . tak boleh balik lewat sebab kene sembahyang jumaat . selepas bersalam-salaman semua perasaan sebak kembali . bila lagi lah pulak dapat jumpa . anyway perjumpaan pada hari itu cukup indah sekali . sape-sape yang tak datang memang rugi . 




memandangkan semua dah jadi macam increduble hulk . kami pun pulanlah dengan gumbira ;D
.


 
 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...