Tuesday, January 18, 2011

akan ku jumpa


akan ku jumpa . lagu yang jarang sekali didengari di radio tempatan . aku hairan kenapa radio-radio di malaysia tidak memutarkan lagu seperti ini . bagi aku lagi ni ialah lagu yang paling ngetop untuk tahun 2010 . 

masa mula-mula aku gengar lagu ni masa drama ' antara garisan ' kat astro . kali kedua masa drama ' syurgamu ramadan ' masa bulan puasa tahun lepas . mula-mula aku buat endah tak endah je dengan lagu ni tapi lama-lama aku mula terpikat dengannya . dan sekarang aku menjadi peminat tegar kepada lagu ini walaupun aku tak kenal dan tahu pun siapa penyanyinya .

aku post dekat sini bukannya nak promot pun . tapi sekadar mahu mengisi masa lapang huhu . tapi kenapa ea.. radio-radio tempatan jarang sekali memutarkan lagu ini . adakah ianya tidak  
' sedap ' untuk didengari ? adakah lagu ini begitu mahal ? . itu semua aku tak tahu , tapi sekali sekala aku geram juga dengan radio-radio tempatan ni . setiap masa putar lagu sama aje .. sekejap melayu sekejap indon sekejap inggeris . naik bosan aku . last-last mak aku beli cd nasyid hehe .


apepun aku still suka kat lagu ni . kalau sape-sape yang belum lagi dengar lagu ni silalah klik dekat video kat atas tu yee~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...