Showing posts with label date. Show all posts
Showing posts with label date. Show all posts

Friday, April 29, 2011

Interview Maktab Perguruan 2011

aku dah janji nak cerita pasal hari 25 April tu kan . hmm kita sambung cerita tu ~

yang last part aku habiskan masa aku keluar kereta tu kan . okeh , pastu aku pun dengan gumbiranya tersenyum lebar +_____+ . aku lulus lah weiyh sebab tu aku senyum takkan nak nanges kowt  .  then , aku pergi selesai pasal tester kad tu dulu . dalam pukul 10 .30 baru settle semua . 10.30 lebih abang kawan aku ambik aku and kawan aku dan kami pun pulang la.

sampai rumah aku cepat-cepat ambik apa yang patut , semua dokumen dan pakai baju sesuai formal sebgai seorang guru ~ . aku siap dalam 30 minit je . macam lipas kudung . masa tu tak hirau dah apa yang tertinggal . then aku pergi la ke maktab perguruan kampus dato' razali . dari umah aku ke kampus tu lebih kurang 30 minit la . aku sampai sana dalam 11.20 .


masa tu dah nervous coz takut-takut orang lain dah start dah interbiu . sampai sana naik tingkat dua . and surprisingly , there are so many  friends there . so aku jumpa ainul , zie , sa , mila . diorang semua satu sekolah dengan aku . lega rasenya selepas diorang bagi tahu interview untuk sesi pukul 11 belum start lagi . so we just waiting until 2 p.m.



tepat pukul 2.30 panel tu panggil kami sekempulan . kumpulan kami sepatutnya ada 7 orang tapi sorang dah hilang tak tahu kemana . diorang ni semua group aku and nasib baik la sebelum tu kita orang dah kenal hati budi masing-masing .

  • wan afaf ( smka tok jiring )
  • afifah ( smk lela segara )
  • ainul ( smka shams )
  • zie ( smka shams )
  • aku ( smka shams )
  • izzat ( don't know )
mula ujian INSAK dalam masa 30 minit . soalan dia senang saja . ada lebih kurang 135 soalan kalau tak silap . abih 30 minit kitaorang keluar . beberapa minit kemudian panel tu panggil pulak untuk interview berkumpulan .soalan yang kami dapat pasal disiplin . ada dua bahagian , satu bahagian 15  minit . so kita orang pun bincang la . setiap orang 2 kali kene cakap baru adil .


selesai semua tu , kami keluar balik . dan temuduga individu pulak . untuk temuduga interview kena ikut list nama yang ditetapkan oleh panel . masa hari tu , aku orang last . pukul 5.30 baru dapat... antara soalan yang ditanya untuk course biologi macam aku , ni antara  soalan dia 
  • introduce yourself ( in english ) = name , birthday , lives , school , contributed , favourite activities and sbgnya
  • kegiatan kokorikulum yang kita terlibat
  • kenapa nak jadi cikgu ???
  • apa kelebihan awak yang awak ada untuk jadi cikgu ?
  • kalau dapat asasi sains dan maktab nak pilih mana satu 
  • pasal isu semasa ( memandangkan aku orang last dia suruh pilih mana yang nak , aku pilih pasal obesiti dalam kalangan pelajar sekolah )
  • apa tindakan yang awak lakukan sekiranya guru-guru di sekolah awak mempunyai masalah yang membabitkan kes jenayah
  • siapa timbalan menteri pelajaran ? pengarah pelajaran negeri ? timbalan pengarah pelajaran negeri ? ( soalan ni kantoi aku tak dapat jawab )
  • apakah sumbangan awak untuk anak bangsa apabila menjadi seorang guru nanti 
  • pengalaman awak ketika menjadi seorang guru  
selesai semua , ucap terima kasih dan salam dengan panel perempuan tuh ... selesai sudah... pukul 6.20 baru sampai rumah 


what's a miracle that Allah had gave to me on that day . i can attend for both of them . that's the end of the day when i felt so happy when passed the jpj's test and went to the interview...

Tuesday, April 26, 2011

Untuk Kali Ketiga

what so wonderful great day ?? 

on 25 April 2011 . i really didn't expect that  i will attend for both of them . kalau yang pernah terbaca post ni tahula apa dilema aku . yes i admitted that ALLAH knows the best for us . Perkara yang aku tak pernah fikirkan selama ini terjadi pada hari itu . FIRST memang aku tak jangka langsung aku dapat sesi pertama masa test JPJ that is at 8.00 a.m . SECOND aku tak jangka pun aku akan  LULUS jpj tuh !!! THIRD aku tak fikir pun aku akan pergi interview maktab perguruan , last-last aku pergi jugak ! 

so the solution is kemana aku pergi 25 APRIL tuh .... aku pergi DUA-DUA sekali . lega rasanya lepas semua dah selesai . lepas ni tak nak pergi tamuduga lagi dah nak tunggu surat UPU and MATRIKULASI jew .

okeh what happened on that day ? mai aku cerita dari A sampai Z . 

everything was started before 25 April , masa tu aku pergi tempat belajar kereta . pastu aku check name aku untuk test keesokaannya . cari punya cari , aku jumpa nama aku .. pukul 8 . hmmm masa tu aku fikir dalam-dalam mana patut pergi .


malam tu aku pun bagi tahu la ke mak aku yang aku akan pergi TEST JPJ and INTERVIEW tu . tapi masa tu fikir lagila kalau tak sempat pergi interview tu . masa tu aku fikir test jpj tuh aku mesti pergi dan pasal interview tu kalau aku sempat aku pergi kalau tak sempat aku tak pergi .


keesokannya , 25 April . Macam biasa sampai SANA , aku  beratur ambik nombor dan tunggu giliran untuk di test . tunggu punya tunggu aku orang first yang ditest dengan encik jpj nih . nama aku dipanggil dan pergi kat kereta no......... aku lupa . buka pintu kereta bagi salam . mula-mula tengok jpj memang garang , dengan cermin mata hitamnya . huhu aku sajalah tahu perasaan aku masa tu . nerves gileeer .


selepas tulis nama , ic dan sign . jpj tu cakap " okeh , boleh start '' . so , ak start la 5 perkara basic tu , adjust tempat duduk , adjust cermin , pakai tali pinggang , periksa gear in neutral and start enjin . selesai semua , aku diam then the tester kabo " okeh , boleh jalan "

                                                    muka aku lagi nervous dari dia ni


aku pun tekan clach , masuk gear 1 , lepas handbread and jalan la.. masa tu tak tahu la nak cakap macam mana keadaan aku masa tu . ALLAH sajalah yang tahu , dengan kaki dan tangan berketar-ketar . aku bawak kereta tuh sampailah dekat nak U turn . masa tulah baru jpj tu cakap dengan aku , maybe dia tengok aku nerves kowt . " okeh , lepas lori ni awk boleh pergi " lepas U turn barula aku lega sikit . sebab ramai sangat orang kandas dekat U turn .


sampai dekat simpang nak masuk paya resak , aku bagi signal and masuk . masa tu jalan kampung . aku bawak dalam 40 km/jam je sebab NERVOUS SANGAT . sampai dekat sekolah aku lepas miyak tekan brek sikit-sikit dan masa tu aku dah nak tukar gear 3 tapi jpj tu sempat cakap " okeh , sekarang awak nampak tak budak sekolah " aku jawab jelah " tak " . pastu dia cakap " sekarang bawak laju ..." hmmm betow ke tak ni . lepas tanya dia boleh ke tak , aku terus bawak 60km/jam !! depan sekolah tuh . huhu nasib baik tak kandas .


lepas tulah dia cakap banyak sikit dengan aku . dia tanya kali berapa dah test ? aku jawab TIGA . pastu dia pasang radio . siap nyanyi lagi !! . selepas selekoh dia bagi tahu " sekarang saya nak awak bawak 60km/jam . haaa sepanjang hayat aku belajar dekat SANA tak pernah pun aku bawak selaju tuh . paling laju pun 50km/jam . aku pun apa lagi tekan jelah minyak sampai 60km/jam .nasib baik tak pijak garisan . masa tu still jalan kampung .


sampai dekat lebuh raya . dia suruh aku bawak cepat sikit . masa tu dia cakap '' sepatutnya awak kalau hari test tak boleh bawak lambat-lambat , kene bawak laju sikit " ... " sekarang bawak 80km/jam . guulpp ...80 ?? masa tu aku tak ada pilihan aku terpaksalah ikut dia walaupun sebelum ni aku tak pernah pun bawak selaju tu !! . 


kemudian dia suruh potong kereta depan lepas dia cakap kereta depan lambat sangat . dan tulah untuk pertama kalinya aku potong kereta lain . sebelum ni tak pernah ! kalu aku nak potong pun cikgu SANA tak bagi . aku pun bawak la dengan kelajuan 80km/jam . pastu dia cakap " kalau awak boleh bawak macam ni okey la tuh " masa tu aku rasa 50 / 50 akan lulus .


sampai dekat selekoh nak masuk SANA tukar gear dua sampailah sampai dekat SANA . sampai aje angkat handbreak , gear neutral and mati enjin . huuuuuh masa tu baru lega . aku sajalah yang tahu perasaan aku masa tu time jpj tu bagi tester kad tu dekat aku .


ALHAMDULILLAH ... selamat duit aku hehe . 17/20 . okeyla cukup-cukup makan je . aku pun ucap terima kasih dekat jpj tu . dia keluar dulu dari aku , lepas tu baru keluar ... yeeeaaaaah aku bebas sekarang!! haha aku dah boleh bawak kereta sendiri dengan bertanda P hehe .


                                                                          paasss!!



                                    kene tunggu 2 tahun lagi baru boleh tanggal bende ni



what a nice tester . aku rasa jpj tu lapor kowt , sebab tu dia suruh aku bawak laju-laju hehe . i guess only .


pengajaran ayat ~ don't judge the cover of the book ~


" mula-mula nampak jpj tu garang sangat , rupa-rupanya peramah orangnya "


THENGS JPJ !!

                                                      I'M HAPPPYYY                                 +__________+


okeh , aku cakap aku pergi interview maktab tu kan . iAllah aku akan sambung dalam post seterusnya . macam mana aku menjadi lipas kudung ? macam mana aku bertemu dengan kawan-kawan aku ? dan macam mana aku berhadapan dengan peninterview ...

Sunday, April 3, 2011

Tarikh-tarikh penting

TARIKH PENTING!

PRE-U (SPM LEAVER) Important Date!!

8.4.2011 JPA Interview Online Checking Interview status

11.4.2011 KPLSPM Online Checking for Interview status

12.4.2011-14.4.2011 JPA Interview

18.4.2011-29.4.2011 KPLSPM Interview

28.4.2011 Matriculation online checking result

First week of May IPTA online checking result

9.5.2011 STPM (Form 6) Intake

21.5.2011 KPLSPM Online Checking Result

23.5.2011 Matriculation Intake

1.6.2011 IPTA Intake

20.6.2011 KPLSPM Intake
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...