namaku Cik Sony Ericson W205 . tuanku membeliku ketika dia tak tahu pun aku berasal dari mana . dia membeliku rambang saja tanpa memeriksa aku terlebih dahulu . tuanku tak tahu dimana asal -usul aku sebenarnya . dia tak tahu bagaimana dan dimana aku dilahirakan . dan yang paling naya , dia tak tahu bagaimana tuan aku yang dahulu menjagaku .
tuanku membeliku ketika aku diletakkan didalam sebuah tempat letak handphone yang bercermin yang sedikit berhabuk . tuanku menuju ke tempat aku tinggal ketika dimana beliau mengikuti keluargannya untuk mencari sebuah handphone . ini semua salah tuanku sendiri , mencari aku selepas menghilangkan handphone yang mak tuan aku bagi yang digunakan tak sampai pun sebulan .
tuan aku pernah cakap ni semua angkara tuanku sendiri yang tak pandai menjaga handphone sehingga hilang dalam rumah sendiri . jadi terpaksalah tuanku mencari ku . sudah ditakdirkan jodoh aku bertemu dengan tuanku . tuanku membelinya dengan harga yang agak mahal kalau nak dibandingkan dengan dijual di kuala terengganu . aku meninggalkan tempat asalku iaitu bersebelahan dengan pasaraya SOGO kl .
aku gembira sangat dapat tuan baru . namun kegembiraanku hanya seketika , selepas beberapa minggu tuanku menggunakan diriku ini , aku berasa sangat sedih karana tidak memberikan perkhidmatan yang baik untuk tuanku . maafkan aku . aku sering kali mengalami kehabisan tenaga yang amat cepat . kalau aku diberi makan selama semalaman , tenga aku ini hanya dapat digunakan separuh hari sahaja . ish ish ish
akibatnya , tuanku sering kali memarahi aku . aku sedar siapa aku insan yang tak berguna untuk masyarakat . sehingga hari ini , sudah beberapa kali aku dilempar , dipukul , dihenyet , dilemaskan dan bayak lagi penderaan yang tuanku lakukan keatas diriku ini . aku sedih mendapat tuan seperti ini . aku sedar siapa aku , aku pasrah dan aku tak sehebat mereka-mereka semua ....
aku sedar . sekarang ni tuanku semakin menjauhi dari ku . dia sudah tidak lagi memberiku makan seperti selama ini . kalau ada hal penting barulah dia cari aku . sekarang aku dengar-dengar tuanku mahu memjualku .. oh.. jangan !
tak sanggup aku berpisah dengan tuan aku .. weeek! . aku semakin lemah , tolong selamatkan aku.. nanti bila tuanku dapat duit lebih sudah pasti tuanku mahu membeli temanku yang lain dan menjualku.. aku tak mahu berpisah .
ops sorry sebenarnya nak upload gambar aku ( hp ) tapi ada problem sikit ..
kita tunggu dan lihatlah beberapa bulan lagi sudah semestinya aku akan beralih tuan atau dibuang terus kedalam tong sampah hihihihihi


